Sunday, 27 January 2013


Adab guru


Adab yang perlu ada pada profesyen seorang guru:
1. Sentiasa memberikan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar.
2. Sentiasa mengulangi kata-kata dan mengangkat suara supaya dapat didengar oleh semua murid.
3. Bercakap dan mengajar mengikut tahap pemikiran muridnya.
4. Jika ditanya tentang sesuatu perkara yang tidak diketahuinya jangan dijawab terlebih dahulu. Tangguhkan jawapannya dan cuba cari jawaban yang betul dan meyakinkan.
Guru adalah idola kepala pelajarnya. Segala yang dilakukan dan ditunjukan oleh gurunya itulah yang menjadi ikutan mereka. Kalau mereka tidak mengikut segala apa yang diajar oleh guru mereka bagaimana mereka akan menjadi pandai. Oleh itu peranan guru amat besar demi melahirkan insan yang sempurna.

Wednesday, 23 January 2013


Bergurukan syaitan


Belajar hendaklah dengan cara berguru kerana belajar tanpa guru seolah-olah bergurukan syaitan kerana syaitan akan menyelewengkan kefahaman kita. Mendapatkan ilmu dengan cara berguru akan membentuk akhlak yang baik dengan cara meniru akhlak yang ditunjukan oleh guru tersebut. Guru juga akan membetulkan kesilapan fahaman semasa belajar.
Sekarang zaman siber. Banyak ilmu yang dapat dipelajari melalui alam siber ini. Belajar apa saja yang dihidangkan melalui internet ini samada masakan, jahitan, permotoran, sains, teknoloji dan segala macam ilmu yang ada. Tetapi yang sebaik-baiknya mestilah berguru iaitu ada perbincangan dan diskusi antara guru dan murid yang dapat menjawab segala kemusykilan yang timbul. Lebih-lebih lagi ilmu agama yang perlukan bimbingan yang sempurna agar tidak terseleweng dari nas yang asal. Kerana syaitan sentiasa mengganggu hati manusia agar was-was dan sentiasa mengajak manusia untuk menyeleweng daripada kebenaran. 

Wednesday, 16 January 2013

Kunci ilmu



Kunci ilmu


Membaca menghasilkan pengetahuan, maklumat dan ilmu. Membaca merupakan kunci agama dan menghasilkan nilai pengetahuan yang tinggi. Dengan membaca akan memberi laluan mudah untuk mencapai tamadun dan kemajuan bangsa. Dengan ilmu pengetahuanlah, sempurnanya kelahiran seorang manusia didunia ini yang akan memberi kebaikan kepada dirinya sendiri dan kepada masyarakat seluruhnya.
Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah dan memakmurkan bumi. Tanpa ilmu yang tinggi tamadun tidak akan berlaku. Salah satu daripada sumber ilmu adalah membaca. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat akhir zaman ini ialah membaca (Iqra’).
Umat-umat terdahulu mencapai tamadun dengan pendekatan yang berbeza daripada zaman ini. Saranan supaya banyak membaca untuk kemajuan sangat sesuai dengan teknologi terkini.

Tuesday, 8 January 2013

Tips untuk setiap pelajar


…sambungan Cara belajar


…sambungan
5. Bersabar dan tabah hati semasa belajar hingga tercapai cita-cita
6. Sabar menempuh kesusahan dan rintangan semasa belajar.
7. Jangan terlalu mendesak guru supaya menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepadanya. Berilah ruang untuk guru menjawab satu persatu.
8. Bertanyalah kepada guru sehingga betul-betul faham.
Banyak halangan-halangan yang akan dihadapi untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran namun dengan berkat kesabaran yang kita pegang pasti akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang demi mencapai cita-cita. Antara halangan yang dihadapi setiap hari ialah untuk bangun pada awal pagi dan gagal menyusun jadual harian.
Banyakkan bertanya apa-apa yang tidak difahami berkenaan pelajaran yang diajar, tetapi jangan terlalu mendesak dan mencabar guru sekiranya guru tidak dapat menjawab. Berilah ruang untuk guru mencari jawapan yang dapat meyakinkan. Tunjukan akhlak yang baik untuk menarik perhatian guru dan mendapat keberkatan ilmunya.

Wednesday, 2 January 2013

Cara belajar


Cara belajar


Adab yang perlu ada pada seorang pelajar:
1. Jangan bertanya guru ketika guru sedang sibuk atau sedang berurusan dengan sesuatu yang penting.
2. Jangan malu bertanya apa saja semasa belajar.
3. Duduk dalam majlis ilmu / kelas itu sehingga habis pelajaran.
4. Jangan melakukan perkara lain semasa guru sedang mengajar. Tumpukan perhatian sepenuhnya pada guru.
Pelajar mesti pandai mengambil hati guru. Kalau ingin bertanyakan sesuatu mesti tengok situasi guru. Kalau guru sedang sibuk dengan urusan penting maka jangan diganggu nanti guru itu akan memberikan jawapan yang tidak sepatutnya.
 Semasa guru sedang mengajar maka bertanyalah seberapa banyak soalan yang menimbulkan kemusykilan tentang pelajaran yang diajar kerana guru sangat suka sekiranya pelajar banyak bertanya kerana ini bermakna pelajar  itu memberi perhatian terhadap pelajarannya.  
Pelajar juga jangan keluar dari tempat belajar itu semasa guru sedang mengajar sebelum meminta izin kerana ini menunjukan akhlak yang kurang baik kerana tidak menghormati majlis ilmu.
 Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran, jangan buat urusan lain seperti menggunakan telipon atau membaca akhbar dan majalah yang tiada kaitan dengan pelajaran yang sedang diajar.
Bersambung…