Bab kedua: “Siksa (balasan) orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa.”
Firman Allah s.w.t., “فلا تقل لهما اف ولا تنهرهما وقل لهما قولا
كريما
“ maksudnya, “Maka
jangan sekali-kali engkau mengatakan “uh” kepada kedua-duannya dan jangan engkau membentak kedua-duanya dan
ucaplah kepada keduanya perkataan yang baik.”
Bab kedua membincangkan tentang siksa (balasan) orang
yang derhaka kepada kedua ibu bapa. Allah s.w.t. melarang hambanya berkata
“Uh!” kepada kedua ibu bapa dan meninggikan suara. Tetapi bercakaplah dengan
suara lembut dan perkataan yang baik.
Rasulullah s. a.w. bersabda, “ Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa
kedukannya sama taraf dengan iblis di dalam neraka. Dan orang yang berbuat baik
kepada kedua ibu bapa kedudukannya sama taraf dengan para nabi di dalam
syurga.”
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, “Pada malam aku mi’raj ke langit, aku
melihat ramai orang yang tergantung pada pelepah korma di dalam neraka, lalu
aku bertanya kepada Jibril siapakah orang-orang itu. Jibril memberitahu bahawa
mereka itu ialah orang-orang yang menyumpah-nyumpah ibu bapanya.”
Rasulullah bersabda, “Aku memberi ingatan kepada kamu semua agar bersolat
dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan orang yang dibawah tanggung jawabmu
kerana berbuat baik kepada kedua ibu bapa akan memanjangkan umurmu selama 3
tahun.”
Umur orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapa akan dipanjangkan oleh
Allah s.w.t 3 tahun menjadi 30 tahun. Tetapi sekiranya ia menyumpah-nyumpah
kedua ibu bapanya maka umurnya akan dipendekan dari 3 tahun menjadi 3 hari.”
Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya seperti juga derhaka kepada
Allah dan juga rasul.
Rasululah bersabda, “Orang yang paling siksa dalam neraka terdiri dari 3
golongan.
Pertama ialah orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
Kedua ialah orang yang berzina.
Ketiga ialah orang yang syirik
kepada Allah.”
Seorang alim yang soleh menceritakan, ketika ia berjalan di tepi kubur ia terlihat asap tebal keluar dari
salah satu lubang kubur. Dia berhenti
dan melihatnya. Tiba-tiba kubur itu terbelah dan keluar lembaga manusia yang
terlalu hitam mukanya. Dia memegang tongkat besi. Dihadapannya ada seekor
keldai sambil dia memukul-mukul kepala keldai itu. Keldai itu menjerit
kesakitan. Dia menarik keldai itu masuk ke dalam kubur dengan rantai besi yang
dibuat daripada api neraka. Lalu kedua-duanya masuk kembali ke dalam kubur dan
kubur itu tertutup semula.
Bila orang alim itu meneruskan perjalanannya dia bertemu seorang wanita
lalu dia bertanya tentang apa yang telah dilihatnya sebentar tadi. Wanita itu
menceritakan bahawa apa yang dilihatnya itu ialah orang yang semasa hidupnya
selalu melakukan zina, minum arak dan menyumpah-nyumpah kedua ibu bapanya.
Itulah balasan Allah s.w.t. kepadanya menjadi keldai. Kejadian itu dapat
disaksikan setiap malam di kubur itu untuk memberi peringatan kepada orang yang
hidup. Semoga dijauhi daripada perbuatan ahli neraka dan memohon ampun dan
rahmat dari Allah yang Pengasih dan Penyayang.






