sambungan "Siksa tinggal solat"
Rasulullah s..a.w. bersabda, “Solat itu seperti sungai yang
mengalir di depan rumah kamu. Mandilah 5 kali setiap hari. Adakah masih tinggal
lagi daki di badan kamu?” Sahabat-sahabat baginda menjawab, “Tidak.” Baginda
s.a.w. bersabda, “Begitu juga dengan solat yang sempurna akan membersihkan
semua dosa-dosa.”
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “Sesiapa yang sentiasa dalam
keadaan berwudhu’ dan menjaga waktu solat dan sempurna solatnya, Allah
mengharam
kan tubuhnya daripada api neraka.
Nabi Muhammad s.a.w menasihatkan Anas r.a supaya sentiasa
memberi nasihat kepada manusia agar jangan meninggalkan solat sehingga ke akhir
hayat.
Rasulullah bersabda lagi, “Apabila seseorang meninggal solat
satu kali, namanya akan ditulis oleh malaikat di pintu neraka.”
Ibn Abbas r.a. berkata, ia mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Orang yang tidak solat itu akan hilang agama Islam daripadanya,
Allah tidak terima aqidahnya, imannya, sedekahnya, puasanya dan syahadahnya dan
Allah tidak akan memeliharanya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah memandang hina dan akan di
siksa dengan siksaan yang amat pedih kepada orang sihat yang tinggal solat
melainkan dia bertaubat kepada Allah.”
Sabda Rasulullah s.a.w., “10 Jenis umatku akan disiksa dihari
kiamat nanti dan akan dimasukan ke neraka jahanam dalam keadaan daging mukanya
jatuh.” Sahabat-sahabta bertanya, “Siapakah 10 jenis itu wahai Rasulullah?”
Rasulullh menjawab, “Orang tua yang berzina, pemerintah yang
zalim, orang yang minum arak, orang yang derhaka kepada kedua ibubapa,
pengumpat, pendusta, orang yang tidak mengeluarkan zakat, pengkhianat, orang
tidak tinggal solat, orang yang menjadi batu api. Melainkan dia bertaubat. Dan
orang yang tinggal solat digandakan siksaannya. Pada hari kiamat nanti, kedua
tangan mereka di belakang leher mereka sambil dipukul oleh malaikat. Pintu
neraka dibuka lantas mereka masuk ke dalam neraka cepat seperti kilat dengan
kepala mereka yang masuk dahulu. Mereka berada di neraka bersama-sama Qarun dan
Hamam di tempat yang paling bawah.”
Rasulullah bersabda, “ Tidak halal harta orang yang
meninggalkan solat dan tidak boleh kita hidup bersamanya kerana Allah
menurunkan laknat keatasnya.”
Orang yang tidak solat, pada hari kiamat nanti mukanya
menjadi hitam.
Rasulullah.s.a.w. bersabda, “Allah memanjangkan umur orang yang
berbuat baik kepada kedua ibubapanya.
Doa anak-anak dapat melepaskan siksa kubur ibubapa.
Zikir dan tasbih dapat menyelamatkan dari siksaan malaikat
zabaniah.
Solat akan menyelamatkan siksa kubur.
Puasa akan menghilangkan dahaga disaat-saat kematian.
Haji dan umrah dapat menerangi kubur.
Silatur rahim akan membantunya berbicara dengan mukmin lain
di alam kubur.
Sedekah akan menghalang tubuhnya dari terkena percikan api
neraka.”
No comments:
Post a Comment