Tanbih al-ghafilin (Peringatan kepada
orang yang lalai)
Bab “Siksa (balasan) orang yang
meninggalkan sembahyang.”
Firma Allah s.w.t. “ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ
دِينُ الْقَيِّمَةِ” yang bermaksud, “ Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan
itulah agama yang sebenarnya.
Dan Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sembahyang
itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka dia telah menegakan agamanya
dan sesiapa yang meninggalkannya seolah-olah ia telah meruntuhkan agamanya.”
Dan sabda Rasulullah s.a.w. lagi, “Tiada
beza antara orang Islam dan orang
munafik melainkan orang yang meninggalkan solat dan sekiranya mereka mengatakan
bahawa solat itu tidak wajib maka hukumnya adalah kafir.”
Rasulullah s.a.w. bercerita bahawa orang
yang meninggalkan solat akan di balas dengan 15 cara. 6
cara di dunia. 3 cara ketika menghadapi saat-saat kematian. 3
cara ketika berada di alam kubur (alam barzah) dan 3 cara ketika
bertemu dengan Allah di akhirat nanti.
6
Cara Allah s.w.t. memberi balasan di
dunia ialah:
1- Kehidupannya
tidak berkat.
2- Rezekinya tidak
berkat.
3- Tiada cahaya
iman di wajahnya
4- Agama Islam
tidak terpahat di hatinya.
5- Segala kebaikan
yang dilakukannya tidak mendapat pahala.
6- Segala doanya
tidak dimakbulkan.
3 Cara ketika menghadapi saat-saat kematian ialah:
1-
Mati dalam keadaan hina.
2-
Mati dalam kebuluran.
3-
Mati dalam keadaan tersangat dahaga.
3 cara ketika berada di alam kubur (alam barzah) ialah:
1-
Disiksa oleh dua malaikat sehingga ke
hari kiamat.
Disiksa oleh ular yang besar dan matanya daripada api neraka.
Kuku malaikat yang menyiksa itu daripada besi khursani (besi
yang teramat keras) dan teramat panjang. Malaikat itu memegang rantai yang panjang
dimasukan dalam mulut orang yang tidak solat itu dan dikeluarkan melalui
duburnya serta dibelitkan rantai itu ke muka dan belakangnya. Malaikat itu
berkata, “Inilah balasan orang yang tidak solat.” Lalu dibawa ke neraka. Kuku besi
malaikat itu kalau jatuh ke bumi, bumi boleh terbakar kerana tersangat panas.
2-
Allah tidak memberi pandangan rahmat
padanya.
3-
Allah tidak memilihnya untuk dimasukan
dalam golongan yang terpilih.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang yang solat subuh berjemaah
selama 40 hari tanpa meninggalkan satu waktu pun, orang itu terlepas dari siksa
neraka dan sifat munafik.”
Sesiapa yang solat subuh kemudian dia berzikir dan berwirid
sehingga naik matahari, pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah yang
mabrur dan Allah sediakan baginya di dalam syurga Firdaus 70 istana daripada
emas dan perak.
No comments:
Post a Comment